Isu merokok merupakan isu yang sering diperkatakan dalam kehidupan seharian. Gejala merokok kian menular dalam masyarakat terutama dikalangan remaja dan dewasa. Masalah ini sudah lama diketengahkan tetapi jalan penyelesaian yang tepat masih samar. Masyarakat menganggap merokok ini salah satu cara untuk menghilangkan masalah peribadi dan untuk mendapatkan keseronokan. Isu ini lebih serius apabila gejala ini melibatkan pelajar sekolah yang masih bawah umur. Mereka menghisap rokok tanpa rasa bersalah dan takut jika mereka tertangkap oleh ibu- bapa,pihak sekolah atau pihak polis. Senario ini meningkatkan gejala negatif yang lain seperti mencuri,melepak dan ponteng sekolah.
Isu ini seakan akan patah tumbuh hilang berganti kerana menjadi isu utama di media elektronik dan media cetak. Perokok seolah-olah tidak menghiraukan kempen kesedaraan yang dibuat oleh kerajaan agar perokok ini tahu bahaya merokok dan akibatnya. Tanggal 31 Mei 2008 kerajaan telah mengadakan kempen Hari Tanpa Tembakau Sedunia. Kempen ni tidak mendapat sambutan yang hangat kerana masyarakat kurang berminat terhadap kempen sebegini, mereka menganggap kempen ini hanya untuk memenuhi hasrat kerajaan semata-mata. Pelbagai cara dibuat oleh kerajaan termasuk mempamerkan gambar-gambar akibat daripada merokok di kotak rokok,malangnya ilustrasi tersebut hanya menjadi hiasan sahaja. Mereka menganggap ilustrasi itu hanya untuk menakutkan si perokok.
Selanjutnya, pengaruh rakan sebaya. Pada peringkat remaja, pengaruh rakan sebaya amat kuat dan menebal di jiwa mereka. Jika remaja terlibat dalam kumpulan sebaya yang menyimpang,pengaruh rakan sebaya amat kuat dan menebal dalam jiwa mereka. Pada kebiasaanya, pengaruh negatif yang menonjol akan menjadi ikutan remaja. Segala aktiviti yang dipandang tidak baik oleh ibu bapa tidak pula dipandang sedemikian oleh rakan sebaya. Remaja ini lebih suka menurut kata-kata atau ajakan rakan untuk mencuba sesuatu yang baru. Namun ,demi menjaga budaya remaja dan rasa ingin diterima oleh rakan sebaya, remaja berkenaan tidak teragak-agak untuk bertindak seperti yang dikehendaki oleh kumpulannya. Tambahan pula,mereka lebih suka memberikan tindak balas kepada soal yang mendatangkan keseronokan dan kepuasan di dalam kumpulan agar mereka dapat bergaul dan berinteraksi.
Setiap tahun, harga rokok dinaikkan dan peraturan pemasarannya akan digubal serta dipantau. Hal ini kerana, dengan cara ini dapat mengurangkan keupayaan kadar kuasa beli terutama remaja dan golongan berpendapatan rendah. Sebaliknya kadar perokok di negara ini makin bertambah. Mereka tidak menganggap kenaikan harga rokok sebagai beban kerana ingin memuaskan kehendak diri. Mereka sanggup menghabiskan berpuluh-piluh ringgit setiap bulan untuk membeli rokok. Masalah ini menjadi beban kepada wanita yang bersuamikan seorang perokok. Hal ini kerana suami mereka lebih banyak menghabiskan duit untuk rokok berbanding keperluan keluarga. Apabila masalah ini timbul didalam keluarga perkara seperti pergaduhan antara suami isteri pasti berlaku. Hal ini dapat menjejaskan institusi kekeluargaan.
Natijahnya, remaja sebagai generasi penting negara mestilah berjuang untuk membebaskan diri daripada terus dibayangi oleh kegitan merokok. Kerjasama yang erat, dan persefahaman yang wujud adalah penting dalam menentukan kecerahan dan kelengkapan masa depan negara. Ibu bapa haruslah menjadi pendengar yang baik mengenai masalah anak mereka kerana mereka yang mencorak peribadi anak mereka umpamanya dimana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Oleh itu kerjsama dari semua pihak amat penting kerana remaja yang bakal memimpin negara ini merupakan tonggak dan harapan negara demi menzahirkan wawasan 2020.
Monday, March 1, 2010
Masalah 'MEROKOK'
Posted by Aliaa Sakini upsi at 4:43 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment