BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 1, 2010

Cara Mengatasi Masalah MEROKOK

Masyarakat sekarang sudah tahu dan terdedah tentang bahayanya merokok dan merokok ini tidak baik untuk kesihatan. Tetapi masih ada yang merokok tanpa memikir kesan dan akibatnya sama ada kepada diri sendiri,keluarga ataupun masyarakat. Daripada pembungkusannya saja seharusnya perokok tahu risiko yang bakal dihadapi seperti kanser,serangan jantung dan penampilan akan menjadi kurang menarik. Pelbagai pendekatan yang diambil oleh pihak kerajaan dalam mengurangkan gejala merokok ini termasuk menahan kemasukkan rokok dari luar negar dengan mengenakan cukai yang tinggi. Walau bagaimanapun disebabkan terlalu inginkanya perokok ini sanggup mengeluarkan duit yang banyak untuk membeli rokok yang mahal agar mendapat kepuasan yang maksimum. Menurut Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Chua Soi Lek peningkatan merokok dalam kalangan remaja kian meningkat dan masalah ini membimbangkan banyak pihak. Masalah ini boleh diatasi jika semua pihak berganding bahu membenteras gejala merokok ini. Terdapat beberapa cara dan tip untuk individu tersebut berhenti merokok secara berperingkat-peringkat.
Cara pertama ialah individu tersebut mestilah menanam keazaman yang kuat dan harus yakin pada diri sendiri. Mereka perlu memikirkan masa depan yang bakal dilalui kelak agar dapat hidup dalam keadaan sihat dan dijauhi penyakit berbahaya. Kekuatan dari dalam penting untuk berhenti merokok kerana perkara ini tidak susah untuk dilakukan kerana ia melibatkan naluri dan keinginan individu itu sendiri. Selain itu, individu tersebut perlu meminta sokongan dan bantuan daripada orang yang tidak boleh menghidu asap rokok agar mereka dapat membantu kita menjauhkan diri dengan rokok kerana menghormat rakan yang tidak merokok.

Kebiasaanya,perokok selalu merokok ketika berada dalam tekanan emosi, selepas menjamu selera dan ketika melepak bersama rakan-rakan. Perkara ini boleh dihindari dengan banyak beristifar jika mengalami masalah emosi dan mencari rakan yang boleh mendengar dan berkongsi masalah. Perkara ini sedikit sebanyak dapat membantu kita dari mengambil jalan pintas dengan merokok yang kononnya dapat menghilangkan tekanan emosi dengan mudah. Bagi perokok yang suka merokok selepas makan boleh mengantikan tabiat itu dengan mengunyah sesuatu seperti gula-gula dan buah buahan. Mereka juga digalakan banyak meminum air sebaiknya air galian atau air masak. Jangan minum air yang mengandungi kafien seperti kopi atau teh kerana minuman sebegini akan membuatkan anda lebih teringin untuk merokok.
Kaedah lain yang boleh dilakukan ialah dengan berhenti secara ‘cold turkey’ iaitu berhenti tanpa apa-apa rawatan perubatan. Sesetengah individu itu melakukannya dengan mengurangkan kuantiti putung rokok yang dihisap setiap hari secara perlahan-lahan. Walaupun terdapat individu yang berhenti terus merokok mulai tarikh tertentu yang ditetapkan. Untuk percubaan awal ,kebanyakkan perokok menggunakan cara ini. Seterusnya perokok yang ingin merokok perlu melengah-lengahkan tindak balas keatas keinginan merokok seperti melambatkan mencari rokok. Seandainya rokok ada ditangan, jangan nyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok akan hilang secara perlahan-lahan dan kata kan pada diri ‘nanti’ setiap kali anda ingin merokok. Sekiranya keinginan merokok timbul, alihkan perhatian ke hal-hal lain seperti mensibukkan diri dengan pekerjaan atau mengambil nafas yang panjang.

Selanjutnya, perokok mesti melawan keinginan merokok. Hal ini kerana keinginan untuk merokok akan kembali sebaik sahaja mula berhenti merokok. Ini memang biasa berlaku terutamanya pada masa dan situasi yang lazim anda merokok. Individu tersebut perlu ingat bahawa setiap kali anda berjaya melawan keinginan,anda telah maju kehadapan untuk mencapai status bukan perokok. Ini membuatkan anda merasa lebih yakin dan lebih berupaya untuk melawan keinginan untuk merokok pada hari-hari berikutnya. Lama- kelamaan keinginan tersebut akan hilang begitu sahaja.
Natijahnya, kesedaraan dalam indivivu itu sendiri merupakan jalan terbaik dalam melumpuhkan gejala merokok ini. amalan ini bukan sahaja memudaratkan kesihatan malahan mencemarkan alam sekitar. Oleh itu amalan merokok ini haruslah diberhentikan segera supaya amalan ini tidak diteruskan generasi seterusnya. Kita berharap generasi muda dapat menjauhkan tabiat buruk ini supaya dapat membina masyarakat yang sihat dan alam sekitar kita akan menjadi lebih bersih. Oleh itu, saya akan memberi sokongan kepada kerajaan dalam mengurangkan bilangan perokok.

1 comments:

Shaggy said...

Tq but don't have a lot information