BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 29, 2010

APLIKASI SENI DALAM PENGAJARAN

Seni sangat erat kaitanya dengan manusia. Seni dianggap sebagai produk atau proses dari manusia itu sendiri. Art is as old as mankind, umur seni sama tuanya dengan peradaban manusia. Seni dikatakan sebagai manifestasi dari kehidupan manusia yang diolah dalam kepala (idea) dan diungkapkan dalam bentuk suatu karya. Seni, sama halnya dengan manusia, selalu mencari dan meningkatkan kekuatan yang ada di luar dirinya yang bersifat magis, sakral dan religius. Seni adalah sebahagian dari budaya yang diciptakan oleh masyarakat. Koentjaraningrat, dalam bukunya Pengatar Ilmu Antropologi, mengatakan bahawa suatu kebudayaan memiliki tujuh unsur penting, iaitu bahasa, sistem pengetahuan, organisasi sosial, sistem peralatan hidup dan teknologi, sistem mata pencarian, sistem religi, dan kesenian. Dalam hal ini, seni yang mempengaruhi kehidupan manusia, dapat tercermin dari bentuk-bentuk atau benda-benda yang merupakan hasil dari karya seni, misalnya candi, patung, ukiran dan kaligrafi.
Seni merujuk kepada keindahan (estetika). Menurut The Liang Gie, dalam bukunya “Garis Besar Estetik” (Filsafat Keindahan), kata ‘indah’ sendiri merupakan kata yang memiliki makna yang sepadan dalam Bahasa Inggeris ‘beauty’, dalam Bahasa Perancis ‘beau’ dan dalam Bahasa Spanyol ‘bello’. Kata-kata ini berasal dari Bahasa Latin ‘bellum’ yang akar katanya adalah ‘bonum’, memiliki arti ‘kebaikan’ dalam Bahasa Indonesia. Kata ini merujuk dalam term Islam, iaitu ‘ma’ruf yang memiliki erti kebaikan atau nilai-nilai yang baik dan dapat diterima oleh akal mahupun masyarakat. Dari penjelasan kata ini, seni dianggap sebagai suatu hal yang erat pula kaitannya dengan kebaikan, yang merupakan tujuan hidup manusia.
Pengajaran seni ini dapat meningkat dan mengembangkan kesenian dan kebudayaan dalam masyarakat yang akan terus bergerak secra dinamis mengikut perkembangan semasa. Pola pemikiran manusia juga akan terus berkembang. Pengertian seni menurut Plato dan Aristotle adalah suatu kegiatan meniru atau tiruan dari dunia, alam, benda dan manusia. Pengertian ini dikenal dengan nama konsep ‘Mimesis’. Bagi mereka, mimesis bersifat positif, kerana di dalamnya terdapat suatu gagasan atau idea. Mimesis bukanlah bersifat meniru mentah-mentah apa yang sudah ada, melainkan penciptaan hal baru dalm menginterpretasi apa yang ada di sekeliling kita. Dalam hal ini mimesis memiliki makna representatif. Plato dalam memandang mimesis sangat dipengaruhi oleh makna idea. Bagi Plato, idea alam pemikiran manusia adalah suatu hal yang sempurna dan tidak berubah (ideal). Kerana pandangan ini, Plato menganggap rendah para seniman dan sastrawan yang bisanya hanya men-copy kehidupan atau idea itu sendiri. Mimesis yang dilakukan oleh para seniman dan sastrawan, menurut Plato, hanyalah sebuah khayalan yang jauh dari ‘kebenaran’ kerana mereka terlalu mementingkan nafsu dan emosi saja. Pengertian ini bertentangan dengan Aristotle yang lebih memaknai seni (mimesis) itu sebagai sesuatu yang boleh meninggikan akal fikiran. Teew (1984: 221) mengatakan bila Aristotle memandang seni sebagai katharsis, penyucian terhadap jiwa.
Guru yang mengajar mengenai seni perlu mengaplikasikan pengajaran tersebut dengan sebaik mungkin supaya murid dapat memahami dengan dengan jelas mengenai unsur-unsur seni yang berkaitan dengan elemen dan prinsip rekaan. Dengan pengaplikasian ini pelajar dapat meningkatkan daya kreativiti yang tinggi yang dapat menghasilkan karya dan produk yang bermutu dan mempunyai nilai estetika tinggi yang berupaya mengharumkan nama Negara ke peringkat antarabangsa.
Pengajaran seni ini bermula semenjak kita kecil lagi, kita diajar mengenai bentuk, rupa, warna melalui buku, alat permainan,pakaian dan sebagainya. Pengajaran secara tidak langsung ini berlaku secara berperingkat-peringkat mengikut umur. Perkembangan seni berkembang secara bebas melalui kegiatan harian tanpa kita sedar. Sebagai contoh penggunaan pakaian, setiap hari kita bermain dengan warna kita akan berfikir mengenai warna apa yang sesuai dipadankan mengikut faktor cuaca, tempat, dan citarasa. Melalui ini kita dapat merangsang otak supaya berfikiran lebih kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah.
Seni amat penting dalam pengajaran kerana dapat membina kreativiti pelajar dalam mencipta sesuatu yang kreatif dengan bimbingan yang diberikan kreativiti dapat dipertingkatkan dan dapat melahirkan ramai lagi seniman. Aplikasi seni dalam pengajaran membantu pelajar menganalisis, menginterprestasi, menilai dan kesimpulan dalam mengkritik karya.


Melalui seni ini pelajar dapat berfikir secara luar kotak yang dapat melihat sesuatu benda itu dalam keadaan sama ada 2 dimensi atau 3 dimensi yang dapat menghasilkan benda yang unik yang tinggi nilai estetik. Dengan adanya seni, perkembangan otak dapat berkembang dan pelajar tidak akan berasa bosan kerana mereka menggunakan keseluhan otak mereka dalam berfikir termasuk ilmu sains,matematik,bahasa dan sebagainya yang saling berhubung dengan seni. Kesimpulannya aplikasi seni dalam pengajaran penting dalam menerapkan ilmu seni ke peringkat yang lebih baik agar dapat melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif,kritis dan inovatif yang dapat meningkatkan sumber ekonomi Negara.

1 comments:

Unknown said...

alhamdulilah dan tima kasih atas pernyataan ini... amat meberi penddedahan yg berguna.. sy berharap akan lebih bermakna dengan perkongsian yang lebih jelas dengan mengambil banyak kata-kata daripada tokoh islam..